Friday, 25 March 2011

Amalan Mewujudkan Kasih Sayang Suami Isteri/Keluarga.

(1) MEMBACA SURAT A-LI'IMRAN AYAT 31

Firma Allah: Katakanlah (wahai Muhammad):"Jika benar kamu mengasihi Allah
maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan
dosa-dosa kamu. Dan(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi."
Apabila sampai kepada ayat "yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu),
maka niatkanlah nama suami (isteri), barulah disambung dengan ayat
seterusnya.

(2) MENGAMALKAN SURAT YUSUF AYAT 4

Firman Allah:"(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada
bapanya:"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan
matahari serta bulan: aku melihat mereka memberi hormat kepadaku."
(Ayat ini juga elok dibaca ketika hendak ditemuduga)

(3) UNTUK MELEMBUTKAN HATI SUAMI DAN JUGA ANAK, AMALKAN MEMBACA SURAH
AL-HASYR AYAT 21


Firman Allah:"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung,
nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut
kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan
kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."

(4) AYAT INI SESUAI DIBACA UNTUK MELEMBUTKAN HATI SESEORANG IAITU SURAH
ASY-SYURA AYAT 19

Firman Allah:"Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan
dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan
Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

(5) PASANGAN SUAMI ISTERI JUGA HENDAKLAH SELALU MENGAMALKAN MEMBACA SURAH
TOHA.


Baca dan tiupkan di ubun-ubun anak dan suami/isteri ketika mereka tidor.
Surah ini bukan sekadar dapat melembutkan hati pasangan masing-masing serta
anak, tetapi juga memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya, ketika
berhadapan dengan orang yang berdolak-dalih untuk membayar hutang, maka
bolehlah dibaca ayat ini. Ayat ini juga sesuai dibacakan pada air minuman
dan ketika membasuh beras.
(Hanya sesuai untuk pasangan suami-isteri dan anak-anak-pasangan yang halal
dari segi hukum Allah).

(Dipetik dari Majalah NUR Julai 2003)

merosakkan agama..

ada page admin yang nak memecah belahkan umat ISLAM dengan kata-kata yang menunjukkan mereka itu sememangnya kafir.. menggunakan hadisT dengan cara yang salah... ayuh semua kita MANSUH kan orang seperti mereka.. mengaku ISLAM tp hakikatnya TIDAK.!!!!! jika anda jumpe.. sila buat report kepada pihak berwajib kerna orang sebegini tidak ...harus d biarkan begitu sahaja...
PERTAHANKAN AGAMA KITA......!!!!

WANITA ::

Tercipta engkau (wanita) dari rusuk lelaki.
bukan dari kaki untuk d alasi,
bukan dari kepala untuk d junjung.
tapi dekat d bahu untuk d lindung.
dekat jua d hati untuk d kasihi.
Enakaulah WANITA perhiasan duniawi..


::Andai LELAKI tahu::

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.   Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia ...lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.   Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.   Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.   Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.   Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.   Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.   Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.   Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.   Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.   Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.   Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.   Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.   Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.   See More

Wednesday, 2 March 2011

10 amalan terbalik.. ::

TIME : 24/2/2011
HARI : JUMAAT
TEMPAT : MASJID BATANG BENAR


>>Pada ary dan waktu seperti d atas, saya telah pergi ke masjid batang benar untuk menunaikan solat...
sesudah itu, saya terlihat satu artikal yang menarik minat saya untuk membacanya... saya telah menyalin artikal tersebut untuk d kongsikan dengan anda semua....saya menyalin sampai2 saya hampir sahaja kena tinggal dengan kawan2 ibu saya.... da la kami tersesat jalan... salah masuk lorong.. kiki... semasa didalam kereta saya telah berkongsi ilmu yang saya dapat tuh dengan kawan2 ibu yang berada di dalam kereta... sememangnya hary yang menggembirakan saya... hee.. =)... kat bawah nih ape yang saya salin... BACA TAW!!!!!

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.


Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.