Tuesday, 22 February 2011

Lelaki Idaman...

Seorang lelaki yang aku idamkan
ialah seorang buta,bisu,bakhil, dan papa....
biarlah dye seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkare2 maksiat da lagha,
kerana matanya terpelihara daripada melihat aurat ajnabi
asalkan kedua matenya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah.
asalkan dia celik dalam melihat kesengseraan umat di Palestin , Ambon, Bosnia, dan seumpamanya,


biarlah dye seorang yang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan 
bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun keimanan
bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
asalkan lidahnya tidak pernah lekang daripada membaca Al-Quran
asalkan dia petah membangkang kemungkaran 
dan lantang menyuarakan kebenaran


Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yang bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
pada wanita yang bukan mahramnya 
bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh d nikahinya 
bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita ynag tidak sepatutnya 
tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
sehingga dye sanggup menggadaikan hartanya 
bahkan nyawanya senderi untuk melihat kalimah LAILAHAILLALLAH
kembali megah d muka bumi


Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkare maksiat
papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan bermanfaat
papa memiliki Akhlak mazmumah
tapi dye cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
dye begitu kaye memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
dye begitu kaye dgn sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupan 
dan dye seorang yang kaya dalam membina jati diri
dia mahu menjadi seorang syuhada
yang syahid d jalan Maha Esa


PERSOALANNYA : 


masih adakah lelaki idaman itu???? 

No comments:

Post a Comment